Guan Eng tidak gembira dengan perkembangan semasa ekoran Fairus letak jawatan - Semasa | mStar

Guan Eng tidak gembira dengan perkembangan semasa ekoran Fairus letak jawatan

PULAU PINANG: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengakui secara peribadi beliau kurang gembira dengan perkembangan yang berlaku berikutan peletakan jawatan Mohammad Fairus Khairuddin sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 (TKM1) dan anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti baru-baru ini.

Bagaimanapun Lim berkata, demi semangat setiakawan dalam pakatan pembangkang, beliau menyerahkan kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku.

"Saya rasa kurang gembira dengan perkembangan yang berlaku tetapi ada kekosongan bagi jawatan itu (adun Penanti) maka memang perlu ada pilihan raya kecil.

"Tetapi saya rasa tentang pilihan raya kecil itu biarlah tanya (pada) Anwar," katanya pada sidang akhbar media ketika diminta mengulas mengenai perkembangan terkini berhubung peletakan jawatan Mohammad Fairus sebagai TKM1 dan Adun Penanti.

Lim sebelum itu menyampaikan ucaptama pada seminar "Earth Day Dialogue : Plastic Bag: To Ban Or Not To Ban" di sini hari ini.

Mengenai pemilihan calon TKM1, Lim berkata: "Kita hanya tunggu cadangan dari beliau (Anwar)... saya telah beri masa kepadanya untuk buat cadangan."

"Untuk mengelakkan lebih banyak spekulasi lebih baik serahkan kepada Anwar untuk menjawab segala persoalan ini.

Ada banyak juga khabarkhabar angin mengenai barisan ADUN yang ada yang kurang layak untuk mengisi kekosongan jawatan TKM1," katanya.

Mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa Barisan Nasional (BN) mungkin tidak meletakkan calon pada pilihan raya kecil DUN Penanti nanti, Lim berkata, terpulang kepada BN kerana Malaysia mengamalkan sistem demokrasi.

"Dalam sistem demokrasi kita ada pilihan untuk berbuat sesuatu, sama ada hendak bertanding atau tidak itu terpulang kepada BN, itulah kebebasan yang ada dalam demokrasi," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain