SPR berhak tentukan kekosongan kerusi DUN dan Parlimen - Semasa | mStar

SPR berhak tentukan kekosongan kerusi DUN dan Parlimen

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sememangnya mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan sama ada berlaku kekosongan bagi sesuatu kerusi Dewan Undangan Negeri atau Parlimen, kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata peruntukan tersebut termaktub di dalam perlembagaan dan akta.

"Memang ia kuasa SPR dan bukan kuasa Speaker. Itu sudah termaktub di dalam perlembagaan dan akta," katanya kepada Bernama.

Beliau diminta mengulas mengenai keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini bahawa tiga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak yang mengisytiharkan keluar dari parti asal mereka untuk menjadi Adun Bebas, boleh mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri masing-masing.

Mahkamah membenarkan permohonan tiga Adun berkenaan untuk mengekalkan kerusi mereka iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Kapten (B) Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang).

Mengenai dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kekalahan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dipimpinnya di pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Batang Ai dua hari lepas adalah disebabkan beberapa peti undi telah digugurkan ke laut dari helikopter dan perahu, Abdul Aziz berkata SPR memandang serius dakwaan tersebut.

Beliau menjelaskan faktor jarak dan masa antara pusat mengundi dengan Pejabat Pegawai Pengurus N29 Batang Ai di pekan Lubok Antu menyebabkan 14 peti undi dikira di Pusat Pengiraan Undi Berkelompok dan tidak di pusat mengundi masing-masing.

Katanya peraturan dan undang-undang membenarkan pengiraan undi dibuat di pusat mengundi dan dalam keadaan tertentu di pusat pengiraan undi berkelompok.

"Dalam hal ini juga, proses pengiraan undi berkelompok telah pun dilaksanakan sejak sistem pengiraan undi di pusat mengundi diperkenalkan oleh SPR dalam beberapa pilihan raya yang lalu termasuklah dalam Pilihan Raya Umum Parlimen ke-12," katanya.

Katanya calon yang bertanding telah diberitahu melalui notis lebih awal berhubung pengiraan undi di pusat pengiraan undi berkelompok dan tidak di pusat mengundi bagi 14 peti undi berkenaan dan pegawai pengurus tidak ada menerima apaapa bantahan daripada mereka.

Beliau berkata peti undi yang dibawa ke pusat pengiraan undi berkelompok juga diriingi oleh pihak polis setiap masa bersama seorang Ketua Tempat Mengundi dan dua orang kerani pengundian.

"Ejen-ejen calon dibenarkan mengiring petipeti undi berkenaan dengan menggunakan kenderaan/perahu sendiri. Ini bermakna peti undi itu sentiasa berada dalam kawalan dari pusat mengundi ke pusat pengiraan undi berkelompok oleh pihak polis dan ketua tempat mengundi," katanya.

Katanya ejenejen PKR juga bertindak mengunci beberapa peti undi dan beg peti undi tersebut dan apabila hendak memulakan pengiraan undi, ejen-ejen PKR sendiri yang membuka mangga yang digunakan untuk mengunci peti undi dan beg peti undi.

"Di peringkat ini, didapati semuanya teratur dan ejen PKR tidak ada membuat bantahan. Setelah selesai pengiraan, semua peti undi diletakkan di atas pentas dan diberi nombor mengikut pusat mengundi.

"Adalah disahkan sebanyak 26 peti undi bagi 26 saluran mengundi dan satu peti undi bagi kertas undi pos berada di atas pentas di Dewan Kompleks Sukan Lubok Antu pada malam 7 April lalu," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

SENARAI PENUH KABINET 2009

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain