Pemuda Umno tak akan desak PM untuk jawatan Kabinet - Khairy - Semasa | mStar

Pemuda Umno tak akan desak PM untuk jawatan Kabinet - Khairy

REMBAU; Pemuda Umno akan menghormati sesiapa saja yang akan dilantik untuk menganggotai Kabinet baru yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak minggu depan.

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata pergerakan itu juga tidak akan mendesak dan menuntut Perdana Menteri agar melantik wakilnya untuk menganggotai Kabinet baru itu.

"Soal pelantikan itu adalah hak mutlak Perdana Menteri dan Pemuda Umno memberi kebebasan kepada beliau untuk melantik sesiapa yang difikirkan sesuai untuk menjawat jawatan dan kedudukan dalam kerajaan," katanya kepada pemberita selepas melawat Pesta Adat Homestay Batang Nyamor anjuran Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Sembilan (MTNS) dekat sini, semalam.

Najib yang mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri bagi menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi semalam dijangka mengumumkan barisan Kabinet barunya, minggu depan.

Khairy yang juga anggota Parlimen Rembau berkata pergerakan itu tidak akan memberi tekanan atau melobi kerana ia bukan cara beliau (Khairy).

"Budaya yang saya ingin terapkan dan amalkan dalam Pemuda adalah memfokuskan kepada kerja. Soal jawatan dan kedudukan dalam kerajaan, kita akan sokong tapi kalau tidak (dilantik), kita pun sokong, sebab itu adalah keputusan beliau (Perdana Menteri). Kita tidak akan membuat desakan atau memberikan tekanan soal (pelantikan) itu," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata keputusan Perdana Menteri membebaskan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), semalam membuktikan kerajaan tidak menindas mana-mana pihak.

"Keputusan ini membuktikan ketelusan dan keprihatinan kerajaan dalam memastikan tiada pihak yang ditindas atau dianiaya. Kita pasti keputusan ini dibuat selepas mengambil kira pelbagai aspek terutama, soal keselamatan negara.

"Malah, kita juga mengalualukan komitmen Perdana Menteri untuk mengkaji semula akta itu tanpa mengabaikan aspek keselamatan dan ketenteraman negara," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain