Syed Hamid belum fikir letak jawatan - Semasa | mStar

Syed Hamid belum fikir letak jawatan

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata beliau belum memikirkan sama ada mahu meletak jawatan dalam kabinet selepas gagal merebut jawatan Naib Presiden Umno dalam pemilihan parti Khamis lepas.

Beliau berkata perkara itu terserah kepada Datuk Seri Najib Tun Razak selaku bakal Perdana Menteri.

"Apa saja keputusan yang hendak dibuat, saya rasa ia tidak harus diheboh-hebohkan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad, yang tewas dalam pertandingan merebut kerusi anggota Majlis Tertinggi Umno telah mengumumkan hasratnya untuk meletak jawatan dalam kabinet dengan alasan bahawa kekalahan itu menunjukkan beliau tidak cemerlang dalam tugasnya sebagai seorang menteri.

Menteri Pelancongan Datuk Seri Azalina Othman Said, yang juga tewas dalam pemilihan bagi kerusi MT Umno, bagaimanapun tidak berhasrat untuk meletakkan jawatan tetapi menyerahkan kepada Najib untuk menentukan kedudukannya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain