PKR kemuka dokumen kepada SPRM mengenai dakwaan penyelewengan MIC - Semasa | mStar

PKR kemuka dokumen kepada SPRM mengenai dakwaan penyelewengan MIC

SHAH ALAM Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Gerakan Belia Prihatin (CYM), sebuah NGO, semalam mengemukakan pelbagai dokumen mengenai dakwaan penyelewengan oleh MIC melibatkan tanah milik sebuah sekolah rendah Tamil di Bandar Utama, ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di sini.

Naib presiden PKR dan anggota Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah, berkata kes itu membabitkan dakwaan penyelewengan dilakukan oleh presidan MIC Datuk Seri S.Samy Vellu ke atas tiga ekar (1.2 hektar) tanah perdana yang pada asalnya diketepikan untuk Sekolah Tamil Effingham.

Beliau berkata tanah itu dikhaskan untuk kegunaan awam dan tidak harus dijual atau dipindahkan kepada manamana individu atau parti politik, oleh itu tidak sesuai bagi MIC mengambilnya.

"Kami mahu Samy Vellu berbuat sesuatu yang betul dengan mengembalikan baki tiga ekar tanah yang pada asalnya diketepikan untuk Sekolah Tamil Effingham kepada rakyat.

"Adalah baik beliau mengakui bahawa ini adalah kesilapan pentadbiran yang mengakibatkan namanya disenaraikan sebagai pemilik separuh daripada tanah itu di Jalan Bandar Utama 1/1.

"Tetapi kini sudah hampir enam bulan sejak beliau meminta maaf dan kita mahukan beliau membetulkan kesilapan itu," kata Sivarasa kepada pemberita sebelum menyerahkan dokumen bukti kepada pengarah SPRM Selangor Moh Samsudin Yusof.

Sebelum ini, setiausaha agung MIC Datuk Dr S. Subramaniam menjelaskan bahawa tanah itu dimiliki oleh parti dan berlaku kesilapan dalam keterangan mengenai tuanpunya tanah.

Beliau dilaporkan berkata bahawa kesilapan itu telah dibawa ke perhatian Pengarah Tanah dan Galian Selangor dan MIC sedang mengambil langkah membetulkan perkara itu menerusi peguamnya.BERNAMA

Artikel Sebelum

Permohonan Sivakumar didengar 28 Mei

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain