suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

14 peserta perhimpunan haram Hindraf didenda RM750 seorang

SHAH ALAM: Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini menjatuhkan hukuman denda RM750 setiap seorang kepada 14 orang yang terlibat dalam perhimpunan haram anjuran Hindraf pada 25 Nov 2007.

Hakim Hasbi Hasan menjatuhkan hukuman itu setelah mereka mengaku bersalah mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan iaitu menunjukkan kekerasan jenayah untuk menakutkan pegawai polis yang menjalankan tugas.

Beliau berkata jika mereka gagal membayar denda itu mereka akan dikenakan hukuman penjara selama sebulan.

Dalam rayuan sebelum hukuman dijatuhkan, seorang daripada mereka, G.K. Ganesan yang mewakili kumpulan itu, memohon agar mereka dikenakan denda yang rendah kebanyakan mereka adalah pesalah pertama dan bekerja sebagai buruh dan pekerja kontrak yang menerima gaji harian antara RM20 dan RM30.

Dia juga merayu supaya mereka tidak dikenakan hukuman penjara.

Kesemua mereka kemudiannya membayar denda itu.

Pendakwaan diketuai oleh Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain