Krisis Perak bukan halangan BN menang di Bukit Gantang - Semasa | mStar

Krisis Perak bukan halangan BN menang di Bukit Gantang

TAIPING: Calon Barisan Nasional (BN) Ismail Saffian yakin krisis politik Perak semasa tidak akan menjadi satu halangan untuk BN menawan kembali kerusi Parlimen Bukit Gantang, Perak.

Malah beliau berkata, keyakinan itu juga disumbangkan oleh pemilihan calon BN - beliau sendiri - daripada kalangan penduduk tempatan.

"Kini pucuk kepimpinan Umno sudah pilih calon tempatan, parti sudah ambil perhatian kehendak ahli akar umbi. Ini petanda baik, sejarah.

"Saya berharap bahawa mereka (ahli Umno dan BN) akan menterjemahkan soal ini dalam bentuk sokongan mereka kepada saya," kata beliau kepada mStar Online di sini.

Ismail, 48, yang lahir di Kg. Kubu dekat sini merupakan bekas Setiausaha dan Ketua Penerangan Umno Bukit Gantang.

Pengarah Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan di Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negara ini akan meletakkan jawatannya esok untuk bertanding dalam pilihan raya kecil ini.

Beliau akan memilih untuk bersara awal.

Kini Ismail merupakan Timbalan Ketua Umno Cawangan Kg. Kubu.

Pada pemilihan bahagian Umno November lalu beliau tewas kepada Datuk Rosli Husin yang ADUN Trong.

Pilihan raya kecil ini diadakan ketika kerajaan negeri Perak diambil alih oleh BN di sebalik krisis pilitik negeri masih segar.

Kata Ismail, beliau berharap pengundi Bukit Gantang akan memberi peluang dengan menyokong BN walaupun kemungkinan ada melakukan kesilapan.

"Apakah dalam 10 bulan lalu Pakatan Rakyat tidak lakukan kesilapan...jadi berharap diberi sokongan kepada BN dan Umno," katanya lagi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain

Guardiola bakal tinggalkan City?