suria

Rasuah RM50, pemuda didenda RM500

SUNGAI PETANI: Gara-gara cuba memberi rasuah RM50 kepada anggota polis kerana membawa motosikal tanpa lesen, seorang pemuda hari ini didenda RM500 oleh Mahkamah Sesyen di sini.

Mit a/l Ekran, 30, mengaku bersalah cuba menyogok anggota polis dengan habuan RM50 di pekan Baling pada 13 Septembe 2006 supaya tidak mengambil tindakan undang-undang terhadapnya kerana menunggang motosikal tanpa lesen.

Sementara itu, seorang ahli perniagaan Teh Choon Guan mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan cuba memberi suapan sebanyak RM1,000 kepada dua pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadapnya atas kesalahan tidak mematuhi peraturan sijil Halal.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu pada 9 November 2008 di kilangnya di Guan Xing Industries Sdn Bhd.

Teh yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 11A, Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang membawa hukuman penjara minimum 14 hari atau 20 tahun atau denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 jika disabitkan kesalahan.

Hakim Rozita Md Lazim membenarkan Teh diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 September ini sebagai tarikh perbicaraan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain