suria

Ceramah tanpa permit, polis siasat Naib Presiden PAS

PULAU PINANG: Polis akan merekodkan kenyataan daripada Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd. Salleh Man berhubung politik ceramah tanpa permit malam tadi.

Ceramah itu diadakan bertentangan dengan Masjid Jamek Sungai Nibong di sini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Wira Ayub Yaakob berkata, polis memantau ceramah politik kerana penceramah mungkin menyentuh mengenai isu sensitif yang boleh mencetuskan ketegangan atau menimbulkan kemarahan orang ramai.

Beliau berkata demikian kepada pemebrita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri di sini hari ini.

Ayub berkata, kira-kira 300 orang menghadiri ceramah yang diadakan pada kirakira pukul 9.45 malam itu yang dianjurkan tanpa permit. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain