suria

Seorang lagi suspek rusuhan ditahan, lima dicari

LIMA fotofit suspek yang disyaki terlibat dalam perhimpunan perhimpunan menghalang majlis angkat sumpah Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang baru di Kuala Kangsar pada Jumaat lalu. Kesemua mereka berusia antara 20 hingga 50 tahun.

KUALA KANGSAR: Polis hari ini menahan seorang lagi suspek yang disyaki terlibat dalam perhimpunan menghalang majlis angkat sumpah Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang baru di Kuala Kangsar pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Perak Datuk Zulkifli Abdullah berkata lelaki berumur 54 tahun itu yang ditahan di Pantai Remis pagi ini akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Kangsar esok untuk perintah tahanan reman.

Penangkapan lelaki itu, yang merupakan antara empat suspek termasuk seorang wanita yang gambarnya disiarkan oleh media, adalah hasil maklumat orang ramai yang menghubungi pihak polis, katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar di sini hari ini.

Zulkifli turut mengedarkan lima lagi fotofit suspek yang disyaki terlibat dalam perhimpunan itu, yang berusia antara 20 hingga 50 tahun.

Sementara itu, katanya sembilan lelaki termasuk warga Indonesia yang ditahan kerana terlibat perhimpunan itu pada Sabtu lepas telah dibebaskan dengan jaminan polis semalam dan hari ini.

Zulkefli berkata kesemua mereka berusia antara 22 hingga 55 tahun mungkin dihadapkan di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar Rabu ini.

Dalam kejadian rusuhan Jumaat lepas, empat anggota Polis Simpanan Persekutuan (FRU) cedera manakala dua buah kenderaan polis rosak dibaling batu oleh penyokong Pakatan Rakyat.

Mengenai laporan polis terhadap pengerusi kebangsaan DAP Karpal Singh kerana didakwa menghina istana berhubung kenyataannya mahu menyaman Sultan Perak Sultan Azlan Shah, katanya kes itu disiasat oleh Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur kerana Karpal Singh membuat kenyataan itu di sana.

Sementara itu, Pemuda MIC Perak hari ini membuat laporan polis terhadap Karpal Singh dan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh.

Laporan itu yang difailkan oleh ketuanya G. Shamugavelu mendakwa kenyataan keduadua pemimpin Pakatan Rakyat itu akan menyebabkan ketegangan kaum di negara ini. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain