suria

Bayaran bahan kempen RM218 juta, mahkamah putuskan permohonan Umno

PETALING JAYA: Keputusan permohonan Umno menepikan penghakiman ingkar kehadiran yang diperoleh Elegant Advisory Sdn. Bhd. terhadap parti itu berhubung saman bayaran bahan kempen pilihan raya umum sebanyak RM218 juta akan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Penasihat undang-undang Umno, Datuk Mohd. Harafizam Harun, kes itu akan diputuskan pukul 9.30 pagi.

"Permohonan itu dibuat pada Disember lalu dan ia akan diputuskan esok," katanya ketika dihubungi mStar Online, hari ini.

Pada 12 Ogos lalu, Bendahari Umno, Datuk Seri Abdul Azim Datuk Mohd Zabidi mengemukakan permohonan untuk mengetepikan penghakiman ingkar mahkamah yang memerintahkan parti itu membayar lebih RM218 juta kepada Elegant Advisory Sdn Bhd yang membekalkan barang keperluan pilihan raya umum empat tahun lalu.

Jurucakap Umno berkata, ketika penghakiman ingkar itu dibuat pada 17 Julai lalu, wakil parti itu atau peguamnya tidak hadir ke mahkamah kerana tidak pernah menerima writ saman dan pernyataan tuntutan plaintif.

"Peguam defendan seterusnya mengemukakan permohonan untuk ketepikan penghakiman ingkar itu dan saman pada 24 Julai lalu," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain