suria

Pelajar sertai gerakan benci keganasan Israel

PUTRAJAYA: Semua pelajar sekolah seluruh negara akan menyertai satu gerakan massa bertujuan menyemai kesedaran membenci keganasan Israel terhadap rakyat Palestin, kata Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Katanya gerakan besarbesaran itu turut membabitkan warga pendidik serta kakitangan kementerian yang akan dipimpin oleh beliau sendiri.

"Menerusi gerakan itu pelajar sekolah akan diberi pendedahan meluas bahawa keamanan, keadilan dan keadaan selesa negara ini pada bilabila masa boleh dirampas pihak tertentu yang rakus dan tamak," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan perutusan Tahun Baru 2009 Kementerian Pelajaran di sini hari ini.

Hishammuddin berkata gerakan itu akan dilaksanakan secepat mungkin dan berharap semua pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan dan kementerian lain akan terlibat sama untuk menyatukan suara generasi muda agar ia dapat didengar di peringkat antarabangsa dengan lebih berkesan.

Gerakan massa itu dipersetujui oleh kabinet dalam mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam.BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain