suria

Syabas: 68 kawasan tadahan air risiko akibatkan tanah runtuh

KUALA LUMPUR: Sebanyak 68 kawasan tadahan air di sekitar Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya dikategorikan berada pada tahap kritikal yang berkemungkinan boleh menyebabkan tanah runtuh pada bila-bila masa.

Pengurus Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Tan Sri Rozali Ismail berkata, kawasan tadahan air itu sepatutnya diberikan perhatian dan dibaik pulih dari dulu lagi.

"Ini amat perlu untuk memastikan tidak berlaku tanah runtuh lagi. Walaupun sikit tapi disebabkan oleh air, ia merebak dan memberi impak yang besar," katanya ketika ditemui di tempat kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, hari ini.

Setakat ini, katanya 42 kawasan tadahan air dibaik pulih oleh Syabas.

Terdapat kira-kira 1,200 kawasan tadahan air di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya.

Rozali berkata, sehingga petang semalam, kira-kira 3,000 buah rumah di sekitar Bukit Antarabangsa kembali menerima bekalan air dan hanya 200 rumah masih tiada bekalan air. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain