suria

Majlis Peguam sokong PM lakukan perubahan sistem kehakiman

KUALA LUMPUR:Majlis Peguam hari ini memberikan sokongan penuh kepada Datuk Seri Abdullah Badawi untuk melaksanakan pembaharuan dalam sistem kehakiman dan bidang lain sebelum melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Presidennya Datuk S. Ambiga berkata respons sedemikian oleh kerajaan akan memperkukuhkan kedaulatan undangundang dan menyediakan komuniti perundangan bagi menghadapi cabaran yang bakal mendatang.

"Kami mengalu-alukan komitmen Datuk Seri terhadap pembaharuan kepada kehakiman dan perubahan penting lain yang telah Datuk Seri umumkan sebelum ini. Kami memberi sokongan penuh kepada keazaman Datuk Seri untuk melihat pembaharuan ini dilaksanakan dalam masa sesingkat mungkin," katanya dalam ucapan alualuan pada Persidangan LawAsia kali ke-21 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.

Ambiga berkata satu daripada bidang yang memerlukan pembaharuan segera di Malaysia adalah yang mempunyai kaitan dengan undangundang yang memperuntukkan penahanan tanpa perbicaraan.

Beliau berkata negara lain juga mempunyai undangundang seperti itu dan dalam dunia yang dicengkam kebimbangan akibat keganasan, undangundang berkenaan malah diperkenalkan dalam demokrasi yang paling utuh, meskipun menerima kritikan yang sangat hebat. "Bagaimanapun, inilah perbezaannya hari ini. Semakin ramai orang yang mendesak supaya undangundang seperti ini dihapuskan memandangkan ia melanggari semangat keadilan.

"Kami bersetuju bahawa keganasan perlu diperangi tetapi perlu ada pelindung kepada hak asasi manusia," kata Ambiga.

Beliau turut mewakili kalangan perundangan di Malaysia, untuk memohon Abdullah supaya mengambil langkah memansuhkan ISA. Abdullah, ketika memberikan respons terhadap gesaan Ambiga, berkata ISA masih diperlukan di negara ini.

Perdana Menteri berkata Ketua Hakim Negara yang baru, Tan Sri Zaki Azmi telah memaklumkan kepada beliau bahawa badan kehakiman memerlukan lebih banyak hakim, peguam dan mahkamah untuk mengendalikan keskes tertunggak.

Beliau berkata Zaki nyata terlupa bahawa beliau (Abdullah) tidak lagi memegang portfolio Menteri Kewangan.

Bagaimanapun, Abdullah berkata beliau telahpun memaklumkan perkara itu kepada Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Anda akan mendapat peruntukannya," kata beliau, sambil tersenyum kepada Zaki, yang turut menghadiri persidangan berkenaan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain