suria

Azizi dipilih Ketua Pemuda Umno Gua Musang

GUA MUSANG: Pegawai Bank Mohd Azizi Abu Naim dipilih sebagai Ketua Pemuda Umno Bahagian Gua Musang pada persidangan perwakilan pergerakan itu hari ini.

Beliau menggantikan penyandang jawatan itu, Bazlan Baharuddin, yang hanya memegang jawatan itu selama tiga hari selepas persidangan perwakilan pergerakan itu pada Khamis lepas dibatalkan.

Pada mesyuarat hari ini, Mohd Azizi mendapat 70 undi manakala Bazlan hanya mendapat satu undi.

Jawatan Naib Ketua Pemuda bahagian itu dimenangi oleh Mohd Noor Fazli Harun dengan memperoleh 63 undi manakala lawannya Zamzari Harun hanya mendapat dua undi.

Persidangan perwakilan Pemuda Umno Bahagian Gua Musang yang diadakan pada Khamis lalu dibatalkan kerana tidak mematuhi arahan yang diputuskan di peringkat bahagian.BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain