suria

Umno Pahang terima lapan aduan termasuk politik wang

KUANTAN: Badan Perhubungan Umno negeri Pahang mengesahkan menerima lapan aduan daripada perwakilan, termasuk berkaitan politik wang, sepanjang tempoh mesyuarat UMNO Bahagian di Pahang setakat ini.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Pahang, Abdul Rahim Abas berkata enam daripada aduan itu adalah berkaitan politik wang, dan ia sudah disiasat, dengan laporannya dihantar ke ibu pejabat UMNO untuk tindakan lanjut.

Katanya dua lagi aduan yang diterima pula berkaitan masalah teknikal.

"Kami berjumpa dengan pengadu itu bagi membuat siasatan dalaman dengan membuat catitan berhubung pengakuan mereka," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Badan Perhubungan UMNO Pahang di sini, hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan Bahagian UMNO yang terlibat dengan aduan itu.

Setakat ini, UMNO Bahagian Kuantan, Rompin, Raub dan Paya Besar sudah mengadakan mesyuarat masing-masing. BERNAMA

Artikel Lain