Beli undi Zahid tidak terima tawaran - Semasa | mStar

Beli undi Zahid tidak terima tawaran

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak didekati mana-mana perwakilan untuk menawarkan sokongan dengan balasan mereka akan menerima wang.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pengakuan calon Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Rais Yatim yang mendakwa beliau diminta oleh perwakilan agar memberikan wang untuk mendapatkan undi bagi pemilihan parti Mac depan.

"Apa yang dilalui oleh Dr. Rais itu adalah pengalaman peribadi beliau, tapi saya tidak mengalami perkara itu," katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Bagaimanapun katanya walaupun terdapat beberapa khabar angin ataupun laporan media yang menyebut calon-calon telah diminta oleh perwakilan untuk memberikan habuan politik, tapi beliau percaya sebahagian besar mereka mempunyai pemikiran yang rasional.

"Saya yakin mereka (perwakilan) tidak jadkan kriteria pemberian wang sebagai syarat utama untuk memberikan sokongan kepada calon-calon," katanya.

Mengulas lanjut, Zahid yang juga calon Naib Presiden Umno berkata mungkin disebabkan tema yang digunakannya iaitu 'bukan budi tapi kesetiakawanan' menyebabkan beliau tidak menerima tawaran sedemikian.

"Mungkin disebabkan tema saya iaitu saya tidak tanam budi, tapi kesetiakawanan.

"Ertinya pencalonan dan dan undi yang bakal saya perolehi bukan berdasarkan berapa banyak permintaan untuk memenuhi tuntutan habuan, tapi jelas berdasarkan rasa keakraban dan keistimewaan di kalangan sahabat-sahabat," katanya.

Selain itu katanya beliau mahu perwakilan melihatnya sebagai seorang pemimpin yang boleh menjalankan tugas jika dipilih untuk jawatan tersebut.

"Saya mahu perwakilan melihat sama ada saya boleh atau tidak menjadi pohon yang rendang untuk dan tempat mereka bergantung harap jika saya diberikan kepercayaan setelah proses pemilihan Mac depan dilakukan," katanya.

Sehingga Ahad lalu, 65 bahagian Umno selesai mengadakan mesyuarat perwakilan masing-masing.

Zahid yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah melepasi kuota kelayakan (19 pencalonan) iaitu menerima sebanyak 38 pencalonan iaitu pada kedudukan kedua selepas Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dengan 54 pencalonan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

GGMM buat laporan polis terhadap Lian Hoe

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain