suria

Muhd Taib Beri peluang semua calon dapat pencalonan mencukupi

JITRA: Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhd Taib meminta bahagianbahagian yang akan bersidang supaya memberikan pencalonan mencukupi kepada semua calon yang menawarkan diri bertanding jawatanjawatan penting pada mesyuarat pemilihan parti itu Mac tahun depan.

"Saya harap mereka (yang menawarkan diri) diberikan pencalonan mencukupi untuk layak bertanding dan biarkan perwakilan membuat keputusan Mac nanti," katanya.

Beliau yang ditemui pemberita pada majlis mesra Hari Raya Aidilfitri Jabatan Kemajuaan Masyarakat (Kemas) Kedah di sini hari ini berharap semua pihak memberi kebebasan kepada anggota sehingga di peringkat akar umbi untuk membuat pencalonan.

"Dalam proses pencalonan di peringkat bahagian, seharusnya tiada lagi unsur sekatan atau hadangan supaya keputusan yang dibuat benarbenar mencerminkan kehendak ramai," tambahnya.

Ketika ditanya mengenai regu untuk jawatan tertentu, Muhammad yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata perkara itu tidak menjadi kesalahan tetapi jangan sampai anggota parti tidak dibenarkan bersuara. Muhammad yang akan bertanding jawatan timbalan presiden berkata beliau hanya menawarkan diri selepas penyandangnya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengumumkan bertanding jawatan presiden.

Beliau berharap anggota Umno melihat rekod perkhidmatan dan cara bekerja caloncalon yang menawarkan diri bertanding.

"Calon juga hendaklah bersikap munasabah dalam menawarkan diri untuk bertanding apaapa jawatan. Kalau setakat ketua cawangan tidak perlulah terus bertanding jawatan naib presiden," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain