suria

Najib punya pendirian dan wawasan sendiri kata Muhyiddin

MUAR: Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta masyarakat agar tidak melabel Datuk Seri Najib Tun Razak yang bakal mengambil alih jawatan Perdana Menteri Mac tahun depan sebagai pemimpin yang akan meneruskan dasar 'Mahathirism'.

Katanya, tanggapan seumpama itu tidak perlu dibuat ke atas Timbalan Presiden UMNO itu kerana beliau telah melalui pengalaman yang lama dalam pentadbiran negara.

Semalam, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim berkata, kenaikan Najib sebagai presiden Umno dan Perdana Menteri bakal menandakan kembalinya Mahathirism iaitu dasardasar Tun Mahathir Mohamad semasa beliau menjadi Perdana Menteri.

"Beliau (Najib) telah melalui tempoh yang lama dalam pentadbiran. Saya yakin beliau mempunyai pendirian dan wawasan tersendiri," katanya pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat agung perwakilan UMNO bahagian Pagoh di Dewan Seri Pekembar, Pagoh di sini hari ini.

Muhyiddin juga yakin Najib mampu berdepan dengan cabaran getir yang bakal dihadapi negara dalam tempoh empat tahun iaitu hingga menjelang pilihan raya umum ke13 pada 2013 nanti.

Najib menurutnya, pasti akan meneruskan programprogram pengukuhan parti khususnya UMNO yang telah diatur oleh pucuk pimpinan sebaik sahaja sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) merosot pada pilihan raya umum Mac lalu.

Selain dari itu katanya, langkah lain ialah mewujudkan kerjasama dengan partiparti komponen dalam BN, bagaimana UMNO boleh bekerja rapat dengan mereka bagi menentukan BN terus kekal berkuasa selepas pilihan raya umum akan datang.

Beliau percaya Timbalan Perdana Menteri itu turut mengambil kira isuisu pengagihan kekayaan negara yang dibangkitkan oleh pelbagai pihak sehingga ada dakwaan wujud unsur ketidakadilan.

"Kita harus mengambil kira sentimen rakyat dan bertindak bagaimana hendak memulihakan keyakinan mereka terhadap BN, bukan setakat bermuhasabah mencari kelemahan diri tetapi disusuli dengan tindakan memberi 'dividen politik' kepada parti.

"Kita juga kena memperbaiki perhubungan antara parti dan perhubungan antara kaum dan saya percaya perkara ini akan diberi perhatian oleh Datuk Seri Najib," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain