suria

Penulis blog 'Kickdefella' ditahan reman sehingga 5 petang esok

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini hari ini mengeluarkan perintah tahanan reman ke atas penulis blog "Kickdefella", Syed Azidi Syed Aziz, sehingga 5 petang esok.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Fadzlin Suraya Mohd Suah.

Syed Azidi, 38, Pegawai Perhubungan Awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan, ditahan di rumahnya di Demit, Kota Bahru mengikut Akta Hasutan pada 17 Sept.

Menerusi blog Kickdefella, beliau dikatakan pernah mencadangkan agar bendera Malaysia dikibarkan terbalik semasa menyambut ulang tahun kemerdekaan negara.

Syed Azidi menerusi peguam belanya Amrit Pal Singh, yang ditemui pemberita di luar mahkamah, turut menyampaikan pesanan kepada pihak media.

Antara lain pesanan berbunyi: "Saya masih bersemangat dan mendoakan yang terbaik kepada semua penulis blog, saya akan meneruskan blog saya esok". BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain