suria

Persaraan Federer: Harga tiket Piala Laver 'meroket', nilai lebih RM77,600

Harga tiket Piala Laver meningkat selepas Roger Federer umum persaraan.

GARA-GARA mengumumkan persaraan pada Khamis, harga tiket Piala Laver yang menyaksikan perlawanan akhir Roger Federer dalam arena tenis, mencecah sehingga £15,000 (RM77,655).

Pemain Switzerland, 41, itu juga bersedia untuk bermain bersama pemain seperti Rafael Nadal, Andy Murray dan Novak Djokovic dalam acara tiga hari, yang bermula Jumaat depan.

Dia boleh bermain perlawanan terakhirnya pada Ahad 25 September dan beberapa tiket untuk acara itu disenaraikan pada £15,000 di tapak jualan semula.

Federer membantu menubuhkan Piala Laver pada 2017 dan akan menyaksikan Federer beraksi untuk Pasukan Eropah menentang seluruh dunia dengan sembilan perlawanan perseorangan dan tiga beregu akan berlangsung.

Juara Wimbledon lapan kali itu mengesahkan acara itu adalah yang terakhir apabila dia mengumumkan persaraannya pada Khamis.

Beliau berkata, tiga tahun lalu telah memberikan cabaran besar dalam bentuk kecederaan dan pembedahan.

"Saya telah bekerja keras untuk kembali ke bentuk kompetitif penuh.

ARTIKEL BERKAITAN: Tenis: Perjalanan Roger Federer akan berakhir, umum bersara selepas Piala Laver

"Tetapi saya juga tahu kapasiti dan had badan saya yang mana 'mesejnya' kepada saya sejak kebelakangan ini sangat jelas. Saya berumur 41 tahun.

"Saya telah bermain lebih daripada 1,500 perlawanan dalam tempoh 24 tahun. Arena ini telah 'melayan' saya dengan baik berbanding daripada apa yang saya impikan, dan kini saya mesti menyedari bila masanya untuk menamatkan karier.

"Piala Laver minggu depan di London akan menjadi acara ATP terakhir saya," luahnya.

Naib juara Terbuka AS Casper Ruud dan bintang Greece Stefanos Tsitsipas akan melengkapkan barisan Pasukan Eropah, yang masing-masing akan diketuai oleh Björn Borg dan Thomas Enqvist.

Tiket untuk Piala Laver secara rasminya berharga antara £40 - £510 (RM207 - RM2,642) apabila ia mula dijual pada April lalu. - The Sun

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain