suria

Abang Paul Pogba antara lima yang didakwa dalam kes peras ugut

Mathias didakwa melakukan peras ugut terhadap Paul sejak 13 tahun lalu.

ABANG Paul Pogba telah didakwa bersama empat individu lain dalam kes peras ugut terhadap adiknya sendiri yang juga bekas bintang Manchester United, menurut laporan di Perancis.

Terdahulu, Mathias Pogba, 32, ditahan pada Rabu kerana disyaki menyertai plot pemerasan terhadap Paul sejak 13 tahun lalu.

Mathias bersama empat yang lain, telah ditahan di Paris selepas dipanggil untuk disoal siasat atas dakwaan cuba memeras ugut £11.2 juta (RM58.53 juta) daripada Paul yang kini merupakan bintang Juventus.

Satu kenyataan dikeluarkan bagi pihak Paul, ibunya Yeo Moriba, dan peguamnya Rafaela Pimenta, yang berbunyi: "Kenyataan Mathias Pogba baru-baru ini di media sosial malangnya tidak mengejutkan. Ia adalah tambahan kepada ancaman dan cubaan pemerasan yang dianjurkan kumpulan menentang Paul Pogba."

Paul sebelum ini mendakwa bahawa dia diperintahkan untuk membayar 'wang perlindungan' bernilai £860,000 (RM4,493,943) setahun sejak berusia 16 tahun ketika dia mula-mula menjadi pemain bola sepak profesional.

Pemain antarabangsa Perancis berusia 29 tahun itu kemudian memfailkan aduan jenayah selepas kumpulan berkenaan terus mendesak untuk mendapatkan lebih banyak wang.

Awal bulan ini, pendakwa raya Perancis membuka siasatan kehakiman berikutan dakwaan Paul. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain