suria

DUN Pakatan Rakyat Akan Bubar Serentak Dengan Parlimen – Kit Siang

GELANG PATAH: Kerajaan negeri Pakatan Rakyat akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada masa yang sama dengan pembubaran Parlimen, kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang pada Selasa.

Beliau menyatakan bahawa DUN Selangor akan dibubarkan pada 21 April, diikuti Kelantan enam hari selepas itu.

“Adalah lebih baik membubarkan DUN yang dikuasai Pakatan pada masa yang sama dengan Parlimen.

“Saya akan mencadangkan perkara ini kepada pemimpin-pemimpin Pakatan lain dalam mesyuarat kami yang diadakan nanti pada hari ini (Selasa),” katanya ketika ditemui selepas merasmikan pusat operasi DAP Gelang Patah di sini.

DUN Negeri Sembilan akan dibubarkan secara automatik pada tengah malam Rabu.

Pilihan raya umum ke-13 dijangka akan diadakan dalam beberapa minggu lagi.

Parlimen ketika ini memulakan sesi penggalnya pada 28 April 2008 dan dibubarkan secara automatik pada 27 April.

Pilihan raya umum yang lepas diadakan pada 8 Mac 2008.

Artikel Sebelum

Artikel Lain