UMS Turun Padang Perkenalkan Kursus Yang Ditawarkan Di Kota Marudu 28 Mac Ini - Kampus | mStar

UMS Turun Padang Perkenalkan Kursus Yang Ditawarkan Di Kota Marudu 28 Mac Ini

KOTA MARUDU: Kejayaan penganjuran Karnival Pendidikan Parlimen Kota Marudu pada 21 Mac 2013 yang lepas telah menyuntik semangat Jawatankuasa Penganjur untuk meneruskan program transformasi pendidikan di Kota Marudu dengan menganjurkan satu lagi program untuk manfaat para pelajar Kota Marudu.

Jurucakap penganjur program Wellson Magusun berkata program 'Selangkah Ke Menara Gading' bersama Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan diadakan di Dewan Komuniti Kota Marudu pada 28 Mac ini.

Ia merupakan salah satu pendekatan 'turun padang' UMS untuk memperkenalkan semua kursus yang ditawarkan kepada mereka yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, katanya.

"Program satu hari ini akan bermula pada jam 8.00 pagi dan akan membawa bersama kakitangan dari semua sekolah dan fakulti di UMS untuk berjumpa dengan para pelajar dan penduduk Kota Marudu," katanya dalam satu kenyataan di sini, Selasa.

Sehubungan itu, Wellson mempelawa semua pelajar yang baru menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia serta mereka yang bakal menduduki peperiksaan tahun ini untuk menghadiri program pendidikan itu.

"Kita berharap para ibubapa akan datang bersama dengan anak-anak mereka kerana ini adalah peluang terbaik untuk mendapat maklumat secara langsung daripada pihak UMS," katanya.

Wellson berkata program itu adalah inisiatif Pejabat Parlimen Kota Marudu bersama UMS, dan perasmian majlis berkenaan akan disempurnakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri D. Maximus Ongkili yang juga anggota Parlimen Kota Marudu. BERNAMA

Artikel Sebelum

Profesor Daing Nasir Dilantik Semula NC UMP

Artikel Berikut

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan

Messi gantung but 2021?