PKPIM Minta Penuntut Malaysia Di Mesir Kembali Ke Tanah Air - Kampus | mStar

PKPIM Minta Penuntut Malaysia Di Mesir Kembali Ke Tanah Air

KUALA LUMPUR: Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) meminta penuntut-penuntut Malaysia di Mesir supaya pulang ke tanahair meskipun suasana pergolakan di negara berkenaan ketika ini dikatakan semakin reda.

Presidennya Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata PKPIM sudah menghantar satu pesanan menerusi e-mel kepada cawangannya di Mesir, menasihatkan para pelajar Malaysia supaya pulang ke tanahair demi keselamatan mereka.

Katanya beliau difahamkan ada sesetengah pelajar berkeras untuk terus tinggal di negara bergolak itu kerana mereka akan menduduki peperiksaan pada hujung bulan ini, namun menurutnya mereka tidak seharusnya berbuat demikian kerana peperiksaan akhir seharusnya boleh ditangguhkan atas faktor keselamatan.

Beliau berkata keengganan pelajar itu untuk pulang ke tanahair memberi kesan kepada persatuan-persatuan yang menjaga kebajikan mereka seperti PKPIM, sekiranya sesuatu yang buruk berlaku keatas mereka.

Sementara itu Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Jais Abdul Karim pula berkata kumpulan pelajar yang tidak mahu pulang itu mungkin terdiri daripada kalangan pelajar persendirian, pelajar tahun akhir, selain mempunyai masalah kewangan yang bertekad meneruskan pengajian mereka.

"GPMS menyarankan kepada Kementerian Pengajian Tinggi agar menyediakan satu pelan khas bagi membolehkan pelajar-pelajar itu meneruskan pengajian di institut pengajian tinggi tempatan termasuk 'full transfer credit' agar mereka tidak perlu mengulang pengajian mereka sekiranya krisis di negara itu tiada kesudahan," katanya.

Jais berkata satu majlis bersama pelajar Malaysia yang selamat pulang ke tanahair akan diadakan di ibu negara Khamis ini sebagai tanda penghargaan kepada kerajaan Malaysia yang bertungkus lumus melaksanakan tanggungjawab menyelamatkan mereka dari kancah pergolakan politik di Mesir.

"Sesi dialog akan diadakan di antara pihak persatuan dengan pelajar selain ingin mengetahui hala tuju mereka berikutan pergolakan yang berlaku di Mesir," katanya.

Kerajaan melaksanakan misi "Ops Piramid" untuk memindahkan kira-kira 11,000 pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir sejak Khamis lepas. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain

Hello! Jangan malu pakai topeng muka....