Kerabu Kobis - Jamu Selera | mStar

Kerabu Kobis

Kerabu Kobis

ENAKNYA kerabu sebagai pembuka selera bukan sahaja menjadi juadan di kampung, malah di hotel lima bintang juga ia menjadi sebahagian hidangan pada bufet Ramadan.


Chef terkemuka juga menganggap ia sesuai sebagai juadah kerana mempunyai ramai penggemar.

Kerabu Kobis 


Bahan:
400 gm kobis
4 batang serai
5 ulas bawang merah
3 biji bawang besar
200 gm cili merah
200 gm cili hijau
1/2 biji kelapa - dibuat kerisik
5 gm belacan - dikisar
5 gm udang kering - dikisar
2 biji limau nipis - diambil jus
sedikit santan pekat

Cara:
Kobis, serai, bawang merah, bawang besar, cili merah, cili hijau dihiris nipis. Kobis dicelur dengan air panas sekejap dan tos. Satukan cili merah, cili hijau dalam bekas, kemudian masukkan kobis  dan bahan lain. Masukkan garam, perahan limau nipis dan gaul rata.


Kerabu Kobis

Artikel Sebelum

Tempe Goreng Bersambal Dengan Ikan Bilis

Artikel Berikut

Bandung Ice Blended

Artikel Lain

Tun M pandu Proton Saga baharu