suria

Berbuka Sambil Beramal Di SACC

PUSAT Konvensyen Shah Alam (SACC) menawarkan sajian bufet istimewa bertemakan Sinar Ramadan.

Pelanggan yang ingin berbuka puasa di sini hanya perlu membeli baucar dan daripada setiap keping baucar itu, RM1 akan didermakan kepada Tabung Al-Quran Braille.

Dengan itu, pelanggan secara tidak langsung dapat menjamu selera pelbagai hidangan lazat sambil beramal kepada golongan kurang bernasib baik.

Usaha murni itu diadakan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia.

Hasil kutipan dana itu akan digunakan bagi meningkatkan jumlah pencetakan al-Quran Braille di Malaysia.

Promosi ditawarkan pada harga RM88 untuk dewasa dan RM44 untuk kanak-kanak yang boleh menikmati sehingga 25 Julai ini.

Lebih istimewa, kanak-kanak berumur enam tahun ke bawah tidak dikenakan sebarang bayaran.

Untuk tempahan dan maklumat lanjut, sila hubungi 03-55118813 atau 03-55118858.

SACC, Ramadan

Artikel Sebelum

Ice Cream Banana Boat

Artikel Berikut

Artikel Lain