suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sup Cendawan Bebola Ikan

Sup Cendawan Bebola Ikan
SUP cendawan dan bebola ikan adalah makanan yang menjadi kegemaran kanak-kanak. 

Ia juga baik untuk kesihatan, malah boleh menurunkan berat badan kerana kadar kolestrolnya rendah.

Anda boleh mencuba resepi yang disediakan yang menggunakan bahan asas yang mudah didapati di kedai dan pasar raya.


Sup Cendawan Bebola Ikan

Bahan:
400gm cendawan tiram (dipotong kecil)
10 biji bebola ikan (dipotong 2)
3 ulas bawang merah (dihiris halus)
2 ulas bawang putih (dihiris halus)
1/2 sudu besar udang kering (direndam & toskan)
100 ml air (boleh lebih pada yang suka berkuah)
Sedikit lada sulah
Garam secukup rasa
Beberapa helai daun bawang (dipotong halus)

Caranya: 
Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga naik bau. Kemudian masukkan udang kering. Tumis hingga udang kering sedikit garing.
Tambahkan air. garam dan lada sulah. Cendawan yang telah dipotong kecil, dibasuh & toskan. Kemudian boleh dimasukkan ke dalam kuali bersama dengan fishball. Kacau rata hingga cendawan layu. Rasa & jika kurang boleh ditambahkan sedikit garam. Jika rasa sudah ok boleh dipadam kan api.Hidangkan dan taburkan dengan daun bawang diatasnya. Ia juga sedap dimakan sebagai pembuka selera.
Sup Cendawan Bebola Ikan

Artikel Sebelum

Tepung Bungkus

Artikel Berikut

Artikel Lain