Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara! - Klik | mStar

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

Peserta berlatih di Tasik Putrajaya. Foto S.S Kanesan

HUJAN atau tidak, langit cerah atau jerebu, pasukan perahu naga tetap berlatih setiap minggu di Tasik Putrajaya sempena Putrajaya Oxygenation Boat Race 2019 yang akan berlangsung pada 5 Oktober depan.

Sambutan yang amat menggalakkan terhadap acara ini menyebabkan penganjur memutuskan untuk mengadakannya secara berasingan daripada Pesta Air Putrajaya.

Perlumbaan yang julung kali dianjurkan oleh Putrajaya Holdings Sdn Bhd (PjH) itu memberi tumpuan kepada sektor korporat.

Pengerusi jawatankuasa penganjur Putrajaya Oxygenation Boat Race 2019, Mhd Zaini Mohd Mukhtar berkata, 37 syarikat membabitkan 90 pasukan mengambil bahagian.

“Perlumbaan yang dinanti-nantikan itu merupakan kategori Terbuka yang bakal menyaksikan 35 syarikat berentap untuk bergelar juara.

“Antara syarikat utama yang terlibat ialah Malaysia Airlines Bhd, Air Asia Bhd, Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), KPMG Malaysia, CIMB Bank, Maybank Investment Bank Bhd, RHB Bank, MBSB Bank, Standard Chartered Malaysia dan Gas Malaysia Bhd.

“Terdapat juga saingan antara bank, termasuk kategori campuran di mana setiap pasukan perlu mempunyai sekurang-kurangnya empat wanita, kategori wanita dan perlumbaan antara universiti.

“Jarak perlumbaan dikurangkan dari 500 meter kepada 350 meter, untuk menjadikan saingan dan penamat yang lebih menarik antara kumpulan beginner dan pasukan yang kuat," katanya.

Pasukan Dragonslayers daripada RHB Bank.

Zaini berkata, sesi khas latihan korporat itu diadakan bersama Marina Putrajaya.

“Memandangkan sukan ini adalah baharu buat beberapa pasukan, sesi khas dibuat untuk membantu mereka dengan sebuah perahu dan jurulatih bagi menunjukkan kepada mereka bagaimana untuk bersaing secara profesional.

“Pasukan-pasukan mengambil semua slot latihan sehingga minggu terakhir sebelum hari perlumbaan,” katanya. 

AirAsia mempunyai dua pasukan untuk saingan ini, dengan menggelarkan mereka sebagai Rockin’ All Stars.

Kapten pasukan, Mohd Razis Abdul Rahim, 33, berkata, rakan sepasukan bersemangat untuk menyertai perlumbaan yang akan datang.

“Ahli pasukan dipilih dalam kalangan ahli kelab sukan kami. Kami sering mengadakan latihan crossfit dan larian, dan ahli dipilih dalam kalangan mereka yang aktif mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti ini.

“Kebanyakan kami belum berpengalaman dalam perlumbaan perahu naga. Walaupun kebanyakan kami fit, kami mempelajari bahawa penyelarasan adalah sangat penting dan kami perlu bekerjasama sebagai satu pasukan.

“Ada orang-orang yang kuat dalam pasukan bukan menjamin kejayaan. Kami perlu bersaing bersama-sama dan seimbang bagi memastikan perahu kami bergerak laju.

“Selain latihan di tasik, kami juga menggalakkan rakan sepasukan untuk melakukan senaman di mesin mendayung di gim untuk meningkatkan kekuatan otot dan daya ketahanan,” tambah Mohd Razis.

Pasukan PjH Vikings mencuba salah satu daripada dua perahu untuk perlumbaan.

MRT Corp mempunyai empat pasukan dalam saingan ini, dengan setiap dua pasukan masing-masing dalam kategori Terbuka dan Campuran.

Penyelaras pasukan, Mohd Hamir Shaharuddin, 36, berkata, peserta berusaha keras dengan meletakkan sasaran untuk mengungguli kedudukan tiga teratas.

“Walaupun sukan ini baharu buat kami dengan tempoh latihan yang singkat, kami menduduki tangga keempat dalam perlumbaan korporat pada festival air tahun lalu.

“Jadi, kami fikir ada peluang untuk menjadi juara sekiranya kami cukup berlatih. Tapi kami masih mahu menjadikannya ia sebagai sesuatu yang seronok dan mengujakan. 

“Syarikat kami menyokong sepenuhnya acara sukan dan kami sudah berlatih selama lebih sebulan,” katanya, sambil menambah bahawa bilangan sukarelawan adalah mencukupi untuk membentuk empat pasukan, sebaik ahli kelab sukan syarikat itu dimaklumkan mengenai perlumbaan itu.

Mhd Zaini Mohd Mukhtar.

Perlumbaan perahu naga itu turut disertai oleh RHB Bank dengan empat pasukan. Pertama kali menyertai perlumbaan, pasukan tersebut menggelarkan mereka sebagai Dragonslayers.

Jurucakap pasukan itu, penolong pengurus, Nur Akmal Kamarunzaman berkata, satu pasukan didaftarkan dalam kategori Terbuka, dua bagi Campuran dan satu pasukan lagi untuk kategori Wanita.

“Sesi latihan mengajar kami mengenai kerja sepasukan, terutama ‘synchronisation’ (penyelarasan) adalah penting untuk memenangi perlumbaan.

“Kami menerima maklum balas yang baik daripada kakitangan dan ramai komited untuk berlatih dengan gigih meskipun ketika jerebu,” tambahnya.

Rakan setugasnya, penolong pengarah, Noorfazaitul Hasni Abd Raffar berkata, ia merupakan latihan yang bagus dan menyeronokkan buat semua ahli pasukan.

Jurulatih memberi bimbingan kepada pasukan Standard Chartered. Foto Low Boon Tat

Dalam pada itu, Standard Chartered Malaysia juga akan mengambil bahagian dalam tiga kategori iaitu Terbuka, Campuran dan Wanita.

Presiden kelab sukan, sosial dan rekreasinya, Peh Mui Sim berkata, kelab itu menggalakkan keseimbangan dalam kehidupan dan kerja menerusi acara yang menyeronokkan.

“Kami mempunyai 22 pendayung, yang dikenali sebagai Standard Chartered Dragons. Pasukan ini ditubuhkan pada 2018 dan perlumbaan pertama kami pada acara sukan antara cawangan, Standard Chartered Games 2018. 

Putrajaya Oxygenation Boat Race 2019 akan menjadi perlumbaan pertama kami di luar. Penyertaan terbuka kepada mana-mana yang aktif dan berminat mengambil bahagian dalam pasukan sukan.

“Kami kerap berlatih sejak beberapa minggu lalu sebagai persiapan sempena Standard Chartered Games 2019 di Singapura pada Ogos lalu. Ia merupakan satu pengalaman yang menarik.

“Sejak itu, pasukan kami secara konsisten berlatih di Marina Putrajaya untuk daya ketahanan dan kekuatan kerana jarak perlumbaan akan datang adalah 350 meter, agak mencabar buat pendayung yang pertama kali,” katanya.

Sebahagian daripada pasukan AirAsia, Rockin' All Stars. Foto S.S Kanesan

Mui Sim berkata, sukan perahu naga memberi peluang kepada kakitangan dari jabatan yang berbeza di bank, yang mungkin sebelum ini tidak pernah bertembung tetapi kemudian berlatih bersama-sama.

“Ia membina hubungan yang baik dan kerja sepasukan kerana semua orang bekerjasama tanpa mengira usia dan tahap kecergasan,” tambahnya.

Presiden kelab sukan dan rekreasi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Aniza Anwar berkata, selain kerja sepasukan, latihan juga mengajar mereka mengenai respek dan disiplin.

“Kami akan menghantar dua pasukan, Royal Rangers dan Magicarp, untuk perlumbaan kategori Campuran.

“Mana-mana kakitangan yang fit dan boleh sedia untuk mengikuti jadual latihan dialu-alukan untuk menyertai pasukan.

“Kami telah menghadiri sesi latihan percuma yang dianjurkan oleh PjH pada hujung minggu dan kami mengendalikan aktiviti-aktiviti kecergasan di pejabat pada hari bekerja,” katanya.

Pasukan MRT Corp.

Sementara itu, Zaini berkata, perlumbaan perahu naga merupakan sukan yang berkembang pesat dan begitu meluas di Eropah.

“Sukan air khususnya perlumbaan perahu naga membolehkan badan-badan korporat membentuk pasukan latihan yang memupuk semangat, disiplin dan kerja sepasukan.

“PjH membentuk pasukan perahu naga kami yang pertama pada 2004, yang dipanggil PjH Vikings. Kami bersaing pada Pesta Air Putrajaya 2004 dan merangkul gelaran juara,” katanya.

“Kami pernah bersaing dalam Festival Perahu Naga Antarabangsa Pulau Pinang, yang mana ia merupakan saingan antarabangsa kami yang pertama. Ia membuka mata kami untuk melihat banyak pasukan tempatan dan antarabangsa bertanding,” tambahnya.

Jurulatih memberi penerangan kepada pendayung.

Zaini berkata, pendedahan itu menggerakkan PjH sebagai pemaju utama Putrajaya untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan, Perbadanan Putrajaya (PPj) bagi membangunkan sukan buat komuniti Putrajaya. 

“Kita berkolaborasi dengan PPj pada tahun lalu dan menjenamakan semula pesta air tahunan, dengan peserta kebanyakannya adalah penyewa PjH. Terdapat 32 pasukan daripada 14 syarikat.

“Disebabkan sambutan yang amat menggalakkan, kami mendapati terdapat keperluan untuk memberi tumpuan kepada perahu naga sahaja dan menganjurkan acara perahu naga khusus untuk badan korporat sahaja. Begitulah bagaimana Putrajaya Oxygenation Boat Race 2019 dilahirkan,” katanya.

Beliau menambah, PjH merancang untuk menjadikan perlumbaan itu secara acara antarabangsa bermula tahun depan. 

Dua perlumbaan perahu naga antarabangsa diadakan di Putrajaya iaitu Festival Perahu Antarabangsa Putrajaya dan Festival Perahu Naga Antarabangsa 1Malaysia pada 2009 dan 2010.

Menurut Zaini, kedua-dua acara itu menarik banyak penyertaan termasuk pengunjung dari serata dunia.

“Ia baik untuk pelancongan dan memupuk lebih kesedaran mengenai banyak aktiviti sukan yang ditawarkan di Putrajaya.

“Kita berharap untuk menarik lebih ramai orang dari luar Putrajaya merasai pengalaman dan kemudahan bertaraf dunia di Tasik Putrajaya,” katanya, sambil menambah bahawa presiden Persekutuan Perahu Naga Antarabangsa pernah berkunjung ke lokasi di Tasik Putrajaya dan kagum dengan kemudahan serta kualiti airnya Kelas 2B.

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain