SEORANG wanita berusia 30 tahun ditahan polis selepas disyaki mendera anak kandungnya yang berusia tiga tahun.Hasil pemeriksaan mendapati mangsa mengalami patah pada pergelangan tangan, selain banyak kesan lebam dan benjol di seluruh tubuh akibat sering dijadikan sasaran kemarahan ibu sendiri. Kejadian dilaporkan berlaku di Nunukan, Indonesia.Menurut pihak polis, siasatan mendapati suspek bertindak demikian kerana marah dan cemburu selepas suaminya mengaku berkahwin lain dan mempunyai anak di Pulau Sebatik.Suspek akan melampiaskan kemarahannya pada mangsa dan perbuatan tersebut dilakukan ketika suaminya keluar bekerja. Difahamkan, suami suspek sendiri tampil membuat laporan polis selepas melihat keadaan mangsa.Suspek kini ditahan di Balai Polis Nunukan, manakala mangsa berada di bawah jagaan bapanya.Kes disiasat di bawah Seksyen 80(2) dan (4) Akta Perlindungan Kanak-Kanak Indonesia. -Agensi