suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Harga bawang merah melambung, pemuda curi dua guni di pasar… Sempat jual semula sebelum dicekup!

Wajah pemuda yang mencuri bawang merah dirakam CCTV.

SEORANG pemuda ditahan polis selepas didakwa mencuri 50 kilogram bawang merah dari sebuah gerai di pasar sayur.

Kejadian itu hanya disedari peniaga terbabit ketika dia sedang melayani pelanggan yang hadir ke Pasar Sayur Bangunsari, Jawa Timur di Indonesia.

Susulan kehilangan tersebut, peniaga di pasar sayur melakukan carian secara besar-besaran.

Hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diteliti peniaga lain, kelihatan seorang lelaki membawa keluar dua guni bawang merah.

Menurut Ketua Polis Dolopo, AKP Nuryadi, pihaknya berjaya mengenal pasti dan menahan suspek berusia 27 tahun dari Kampung Suluk, Dolopo. 

"Suspek mengaku mencuri bawang bernilai Rp 2.5 juta (RM645) dan memaklumkan ia adalah kali pertama dia melakukan jenayah itu.

"Bawang merah itu juga telah dijual kepada orang lain," ujarnya.

Kes tersebut berakhir secara baik selepas mangsa dan suspek bersepakat menyelesaikannya secara damai dengan disaksikan pegawai kampung serta ahli keluarga kedua-dua pihak.

Difahamkan, harga bawang merah yang tinggi, iaitu sekitar Rp 50,000 (RM12.90) sekilogram, dipercayai menjadi faktor kecurian. -Agensi

Artikel Lain