suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nak ‘test’ senapang angin, lelaki tertembak jiran sedang berwuduk di luar rumah

Tangkapan dilakukan terhadap suspek bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. -Gambar hiasan

TINDAKAN seorang lelaki yang mahu memeriksa senapang angin miliknya bertukar tragedi apabila tembakannya terkena jiran sendiri.

Sewaktu kejadian yang berlaku pada 27 Julai lalu, mangsa, Evi Salim sedang mengambil wuduk di pekarangan rumahnya yang terletak di Luwu, Sulawesi Selatan, untuk menunaikan solat Asar.

"Terkejut dengan bunyi letupan yang mengenai betisnya, wanita itu langsung menjerit meminta tolong," menurut Ketua Perhubungan Awam Polis Luwu, Inspektor Yakobus Rimpung.

Ujarnya, suspek yang dikenali sebagai Syarif, 31, segera melarikan diri dari lokasi selepas menyedari kejadian tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2016/09/20/empat-beradik-senapang-angin?itm_source=parsely-api

"Pelaku melarikan diri menaiki motosikal dan berusaha dikejar penduduk setempat, namun tidak berjaya," ujarnya lagi.

Suspek bagaimanapun berjaya ditangkap di kediamannya pada Isnin lalu, hasil rundingan bersama ahli keluarga.

Hasil siasatan mendapati tindakan suspek tidak bermotifkan dendam, sebaliknya hanya berniat menguji senapang angin yang baru sahaja dibaiki.

Pihak polis kini sedang giat mencari senapang angin jenis PCP yang digunakan sewaktu kejadian.

"Suspek disyaki membuang senjata miliknya ke Sungai Cilallang di Kampung Turunan Datu, daerah Kamanre," tambah Yakobus. -Agensi

Artikel Lain