suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kejutan lamaran di udara bertukar tragedi... Pesawat terhempas selepas kekasih jawab “setuju”

Pesawat dinaiki mangsa terjunam sebelum terhempas.

MOMEN manis dan romantik seorang wanita dilamar di ruang udara berakhir tragedi apabila pesawat dinaikinya menjunam dan terhempas.

Lebih memilukan apabila insiden tersebut berlaku sejurus dia memberi jawapan 'setuju' kepada teman lelakinya yang berada di bawah menerusi alat komunikasi.

Kejadian berhampiran lapangan terbang Kelaynak di daerah Özler di daerah Yereyl, Turkiye itu mengakibatkan mangsa Şeyda Doğan mengalami kecederaan parah.

Turut sama dalam pesawat berkenaan adalah  juruterbang berusia 39 tahun, Burak Yürekli.

Kedua-duanya dikejarkan ke hospital akibat kecederaan parah dan masih menerima rawatan.

Memetik laporan media tempatan, kejadian itu berlaku sekitar pukul 7.20 malam, Selasa.

Sebelum kejadian, pesawat latihan kecil 'Ultra Light' milik syarikat penerbangan swasta berkenaan didapati hilang kawalan sebelum mendarat dan terhempas.

Berdasarkan rakaman video yang diambil di tempat kejadian, seorang lelaki yang memakai baju kemeja dilihat berdiri di atas tarmac sambil menggunakan walkie-talkie untuk berkomunikasi dengan teman wanitanya yang berada di dalam pesawat.

Semasa kapal terbang berada di udara, dia kemudiannya bertanya... sudikah awak berkahwin dengan saya?

Sejurus mangsa menjawab "setuju", pesawat tiba-tiba hilang kawalan dan terhempas.

Susulan kejadian itu, pihak berkuasa tentera tempatan melancarkan siasatan untuk menentukan sama ada kemalangan itu berpunca daripada kegagalan mekanikal atau kesilapan juruterbang. -Agensi

Artikel Lain