SEORANG model dan pencipta kandungan mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual ketika menunggu kenderaan e-hailing, dalam kejadian pada minggu lalu.Mengimbas kembali kejadian yang berlaku di Rajiv Chowk, Gurugram, India, mangsa yang dikenali sebagai Soni Singh berkata, dia didekati seorang lelaki yang mula memerhatinya dengan pandangan 'tajam'. "Dia berjalan mengelilingi saya sambil merenung saya. Pada mulanya saya abaikan, tapi kemudian saya perasan seluarnya tidak berzip. "Dia terus memandang dan mula melakukan onani di hadapan saya," jelasnya dalam hantaran di media sosial.Wanita itu turut mendakwa tiada maklum balas selepas menghubungi polis dan talian khas bantuan wanita. Selepas tiba di rumah, dia berkongsi mengenai kejadian itu serta memuat naik gambar lelaki berkenaan di Instagram dan X sambil mendesak tindakan tegas diambil.Polis Gurugram kemudian mengesahkan laporan rasmi telah dibuat oleh mangsa.Susulan itu, usaha mengesan suspek sedang dijalankan termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup.Soni Singh merupakan pencipta kandungan dalam bidang kecantikan dan fesyen dengan hampir 40,000 pengikut di Instagram. -Agensi