suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jururawat parah diserang rider selepas bertanya tentang kelewatan makanan

Ketika ini khidmat penghantaran makanan secara dalam talian digunakan meluas kerana memudahkan orang ramai. -Gambar hiasan

SEORANG wanita parah selepas didakwa diserang oleh pekerja penghantaran makanan, gara-gara bertanya mengenai kelewatan tempahan pesanannnya.

Menurut polis, sebaik pekerja penghantaran makanan tiba di rumah  mangsa, dia bertanya mengenai kelewatan makanannya dan kedua-duanya kemudian bertengkar. 

Pekerja penghantaran itu mengambil senjata tajam dan menyerang mangsa.

Kejadian dilaporkan berlaku di Bhubaneswar, dekat Odisha, India, pada Khamis.

Mangsa yang merupakan seorang jururawat dilaporkan cedera parah di leher, kepala, tangan dan kaki segera dikejarkan ke hospital berdekatan.

Polis berjaya menahan suspek di tempat kejadian dan merampas senjata yang digunakan untuk menyerang mangsa. 

Hasil pemeriksaan mendapati pekerja penghantaran itu di bawah pengaruh alkohol ketika kejadian. -Agensi

Artikel Lain