suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tragis! Mayat wanita ditemukan dalam beg tepi jalan, ada kesan cedera

Pasukan menyiasat penemuan beg di lokasi kejadian. Foto Detik.com

MAYAT seorang wanita dengan kesan kecederaan ditemukan dalam sebuah beg besar di tepi jalan.

Mangsa ditemukan berbungkus dengan kain yang disumbatkan ke dalam beg.

Penemuan mayat itu berlaku di tepi jalan Taman Hutan Rakyat di Berastagi, Sumatera Utara di Indonesia.

Ketua Polis Daerah Tanah Karo, AKBP Eko Yulianto berkata, penemuan itu dibuat pada pagi Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Jumpa mayat tanpa identiti dalam beg pakaian

Menurutnya, mayat mangsa mengalami beberapa kesan cedera.

Tambah Eko, mayat berkenaan kemudian dihantar ke Hospital Bhayangkara Medan untuk bedah siasat.

Bagaimanapun kata Eko, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu. - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain