suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kejar anjing di koridor, pelajar maut jatuh dari tingkat 3 hotel

Detik terakhir mangsa di koridor hotel sebelum terjatuh dari tingkat tiga.

SEORANG pelajar berusia 24 tahun maut selepas dia terjatuh dari tingkat tiga sebuah hotel.

Mangsa yang dikenali sebagai Uday Kumar berkunjung ke hotel di Chandanagar, Hyderabad itu untuk menghadiri majlis ulang tahun rakannya.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pada Ahad, mangsa dilihat sedang bermain dengan seekor anjing di kawasan koridor.

ARTIKEL BERKAITAN : Jatuh dari tingkat 21 hotel, lelaki umur 55 tahun disahkan maut

Ketika mengekori dan mengejar anjing itu, mangsa hilang keseimbangan lalu jatuh melalui tingkap hotel yang terbuka.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayatnya telah dihantar ke Hospital Gandhi untuk bedah siasat.

Pihak polis Chandanagar sedang sedang menyiasat insiden ini. - Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain