suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terkejut rahsia curang bocor, bapa tergamak langgar anak guna kereta

Elakkan daripada memandu kereta ketika sedang beremosi. -Gambar hiasan

SEPANDAI-PANDAI tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.

Begitulah kisahnya apabila seorang lelaki kantoi bermain kayu tiga menerusi cara yang tidak disangka-sangka.

Dalam kejadian di Yogyakarta, Indonesia pada minggu lalu, si bapa sedang memandu kereta bersama kekasiih gelap apabila dia terserempak dengan motosikal ditunggang anak perempuannya.

Melalui satu hantaran di media sosial, si anak menjelaskan dia dalam perjalanan untuk pulang ke rumah selepas membeli makanan apabila dia nyaris dilanggar sebuah kereta.

"Kereta tu dipandu dengan agak laju, jadi saya bersama adik pun pergi kejar kereta tu untuk periksa siapa gerangan pemandunya. Alangkah terkejutnya kami apabila mendapati pemandu kereta tu adalah ayah kami sendiri.

"Tapi lebih terkedu apabila ayah tidak keseorangan, ada seorang wanita yang tidak dikenali turut berada di tempat duduk penumpang. Kami beranggapan itu mungkin kekasih gelap ayah.

"Sangat remuk hati ni apabila ayah kemudiannya tergamak melanggar motosikal kami untuk melarikan diri, berkemungkinan akibat didorong perasaan malu.

"Saya ambil keputusan untuk tularkan kisah ni supaya dapat memberikan kesedaran kepada ayah," coretnya. - Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain