suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita dibelasah kekasih hingga koma, berang mangsa bersihkan rumah tak ikut standard

Mangsa kini terlantar koma selepas mengalami kegagalan paru-paru. -Foto Agensi

SEORANG wanita dibelasah oleh kekasihnya sehingga koma gara-gara lelaki tersebut tidak berpuas hati dengan cara mangsa membersihkan rumahnya.

Mangsa yang berusia 27 tahun itu kini sedang terlantar di sebuah hospital di Pattaya, Thailand.

Mangsa yang dikenali sebagai Phanpanat mengalami kegagalan paru-paru akibat dibelasah sehingga tidak sedarkan diri.

Rakan mangsa, Pim, mendedahkan insiden itu di media sosial dengan mendakwa mangsa dipaksa membersihkan bilik dan dipukul berulang kali oleh suspek apabila hasilnya tidak memuaskan.

Menurut Pim, mangsa masih tidak dapat memberikan keterangan kepada media disebabkan keadaannya ketika ini, justeru dia terpanggil untuk mendedahkan kes tersebut di media sosial.

Ujarnya lagi, apa yang lebih mengejutkan, ibu suspek merancang untuk menyaman mangsa dan enggan memberi sebarang bentuk pampasan kepada mangsa.

Pim berkata dia kemudian membuat laporan polis namun sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil terhadap suspek atau keluarganya. - Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain