suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki ugut mahu tembak pemandu ambulans, berang jenazah kakak dihantar ke alamat salah

Seorang lelaki ditahan selepas dia mengugut seorang pemandu ambulans pada Selasa. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki ditahan polis selepas dia didakwa mengacukan pistol ke arah pemandu ambulans.

Dalam kejadian di Desa Persanga, Indonesia, suspek dikatakan tidak berpuas hati kerana jenazah kakaknya tidak dihantar ke rumah keluarganya.

Menurut polis Daerah Sumenep, suspek mengamuk kerana jenazah wanita itu dihantar ke rumah suaminya pada Selasa.

Selain suspek, sembilan lagi ahli keluarganya turut menghalang laluan ambulans berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tempat parking kecoh, tiga mak-mak keluarkan pistol - “Kami kutuk, cakap depan-depan”

Sambil mengacukan pistol, suspek memberitahu pemandu ambulans agar menghantar jenazah wanita itu ke rumah ibu bapanya.

Pemandu yang ketakutan akhirnya akur dan mengikut arahan tersebut.

Susulan itu, mangsa membuat satu laporan sebelum suspek ditahan bersama sepucuk pistol mainan.

Suspek kini ditahan dibawah Akta 335 (1) KUHP kerana melakukan ugutan dengan kekerasan. - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain