suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki 'koyak' kekasih tak ajak swafoto, gambar bersama di media sosial pun tiada

Lelaki ditahan selepas cekik kekasih dalam lif.

KEBANYAKAN kekasih gemar berkongsi perihal pasangan di media sosial atau mengabadikan gambar kenangan bersama-sama.

Bagaimanapun situasi berbeza dialami lelaki ini apabila teman wanitanya lebih gemar mengambil gambar sendirian walaupun ketika melakukan aktiviti bersama-samanya.

Malah gambarnya juga tidak pernah dimuat naik di laman sosial wanita terbabit.

Berasa kesal dengan perkara tersebut, dia kemudiannya mencekik dan menolak badan teman wanitanya ke lantai ketika mereka bersama-sama di dalam lif sebuah hotel di Jakarta Barat, Indonesia.

Kejadian tersebut dilakukan selepas dia dan wanita terbabit menghadiri majlis graduasi adiknya.

Kekerasan yang dilakukannya bagaimanapun terakam kamera litar tertutup (CCTV) hotel terbabit sebelum ditularkan di media sosial.

Susulan itu, dia ditahan pasukan polis bagi membantu siasatan.

Menurut Ketua Polis Cengkareng, Pesuruhjaya Hasoloan Situmorang, ketika siasatan dilakukan, lelaki berusia 20 tahun itu mengaku perbuatannya berpunca daripada rasa sedih kerana tidak diajak berswafoto.

Tambahan pula, pada masa tersebut wanita terbabit telah dibawa menghadiri majlis graduasi adiknya. - Tribune Medan

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain