suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Demi wang tunai, ratusan ibu masuk pertandingan menangis... Paksa keluar air mata selepas wisel ditiup

Peserta pertandingan menangis menunjukkan bakat masing-masing.

KEDENGARAN aneh tetapi ratusan golongan ibu mencuba nasib dalam pertandingan menangis demi merebut gelaran juara.

Bertempat di Tegal, Jawa Tengah Indonesia, kesemua peserta pada awalnya dilihat tersenyum gembira ketika berkumpul di hadapan khemah di Taman Purba Wahana.

Namun selepas wisel dibunyikan, mereka mula menangis teresak-esak.

Memetik laporan tvonenews, pertandingan yang dianjurkan unit pelancongan setempat terpaksa mengehadkan jumlah penyertaan.

Bagaimanapun tanpa diduga, jumlah peserta bertambah dan melebihi kuota yang ditetapkan.

Selain juara sehingga tempat ketiga, hadiah berupa wang tunai turut diberikan kepada 20 peserta yang berupaya menangis.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain