suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Joe Biden tarik diri tanding jawatan Presiden AS, Kamala Harris calon Demokrat

Biden mengesahkan Kamala sebagai calon Parti Demokrat menggantikannya. -Gambar X (Joe Biden)

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengumumkan akan berundur daripada persaingan pemilihan semula.

Pengunduran Biden itu membuka lembaran baharu dalam Pemilihan Presiden AS apabila naib presidennya, Kamala Harris dari Parti Demokrat diumumkan mengantikannya menentang calon Republikan Donald Trump.

Perkara itu diumumkan oleh Presiden berusia 81 tahun itu dalam satu hantaran dibuat di X pada Ahad.

"Walaupun sudah menjadi hasrat saya untuk dipilih semula, saya percaya demi kepentingan parti dan negara, pilihan terbaik adalah berundur dan menumpukan perhatian untuk memenuhi tugas sebagai Presiden untuk baki penggal," tulis Biden.

Bagaimanapun, menurut Biden, dia akan kekal dalam peranannya sebagai Presiden dan Ketua Komander sehingga tempohnya berakhir pada Januari 2025.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain