suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak lokek duit pampasan tanah kilang, warga emas jejak bekas pekerja 20 tahun lalu… Beri sumbangan ikut tempoh perkhidmatan

Guo membuat penelitian pada setiap dokumen kilangnya.

SEORANG pemilik syarikat di China telah berkongsi pampasan hampir 8 juta yuan (RM5.153 juta) kepada lebih 400 bekas pekerja walaupun kilangnya telah ditutup selama 20 tahun.

Guo Chongzhi, 70, dari Chongqing di tengah China, adalah bekas pengarah Kilang Injap Am Chongqing, yang ditubuhkan pada 1971 dengan tenaga kerja melebihi 400 orang pada kemuncaknya. Bagaimanapun, keadaan ekonomi memaksa kilang itu ditutup pada 2000 dan bangunan itu dirobohkan pada 2018 sebagai sebahagian daripada rancangan pengambilan tanah perbandaran bandar itu.

Pada Mac tahun lalu, Guo menerima 7.7 juta yuan (RM4.96 juta) sebagai pampasan untuk bangunan kilang yang dirobohkan.

Susulan itu, dia percaya bahawa setiap bekas pekerjanya sama ada bersara, meletak jawatan atau mati, berhak mendapat bahagian.

Selepas mesyuarat yang meluas, keputusan dibuat untuk membahagikan pampasan kepada dua bahagian, 35 peratus untuk pekerja terdahulu dan 65 peratus bagi mereka yang masih bekerja sejurus sebelum penutupan kilang.

Jumlah itu kemudiannya dibahagikan lagi berdasarkan tempoh masa berkhidmat di kilang.

Dalam pada itu, Guo berkata, mencari pekerja yang telah meletak jawatan, bersara dan meninggal dunia adalah satu tugas yang sukar, memandangkan kilangnya telah ditutup sejak sekian lama.

Susulan itu, dia menggunakan pelbagai strategi untuk mengesan bekas pekerja, termasuk menyiarkan notis ‘orang hilang’ dalam komuniti dan meminta polis untuk mendapatkan maklumat hubungan.

Dia juga menghubungi beberapa saluran media, yang berjaya membantunya mencari kira-kira 20 orang.

Difahamkan, daripada 406 pekerja yang disenaraikan, 371 individu telah berjaya menerima pampasan mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain