suria

Cemburu tengok kawan baik hidup 'bujang', wanita tuntut cerai... Akhirnya merana tengok isteri baharu bekas suami

Kebanyakan wanita lebih mempercayai kata-kata rakan berbanding ahli keluarga sendiri -Gambar hiasan

RAKAN banyak mempengaruhi pembentukan tingkah laku, sikap dan pilihan hidup seseorang.

Situasi sama dilalui wanita ini apabila dia secara tidak langsung ingin menjalani kehidupan seperti rakan baiknya yang sudah bergelar ibu tunggal.

Apatah lagi, rakannya itu sering berkongsikan kehidupan dan kegembiraan sebagai wanita 'bebas'.

Tambahan pula, rakannya sentiasa memberi sokongan dan mendorong dia menjadi ibu tunggal supaya dapat menikmati hidup lebih bahagia.

Keinginan untuk menjalani kehidupan seperti itu, dia sering mencetuskan konflik dan pergaduhan dengan suami sehingga akhirnya berpisah.

Namun tanpa diduga, selepas sebulan bercerai dengan suaminya, dia dimaklumkan tentang pernikahan baharu lelaki tersebut.

Lebih mengejutkan apabila bakal isteri bekas suaminya adalah rakan yang sentiasa memberi kata-kata perangsang tentang kehidupan tanpa ikatan.

Bukan itu sahaja, rakannya juga dikatakan sedang hamil tiga bulan.

Sedih dengan situasi tersebut, dia kemudian membuat hantaran di media sosial.

Dia pada awalnya mengharapkan simpati, bagaimanapun terkejut apabila warga maya menemplak tindakannya kerana terlalu percaya pada orang luar. - Tribun Medan

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain