suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kahwini tiga lelaki, wanita terkejut saksi suami kedua maut ditetak ‘madu’

Mayat mangsa dihantar untuk bedah siasat

MEMPUNYAI lebih daripada seorang suami bukanlah mudah.

Seperti wanita ini, dia terkejut apabila melihat dua daripada tiga suaminya bergaduh.

Malah salah seorang telah meninggal dunia akibat ditetak semasa pergaduhan tersebut Daerah Bone, Sulawesi Selatan di Indonesia.

Kejadian tersebut berlaku selepas suspek yang merupakan suami ketiga wanita terbabit tiba-tiba pergi ke rumah mentuanya.

“Dia pada awalnya menyatakan ingin membuang air besar, tetapi telah pergi ke rumah mentuanya.

“Pada masa sama, mangsa yang berada di situ sedang tidur sebelum ditetak oleh suspek. Dia kemudian melarikan diri,” ujar pegawai polis Bone, Arief Doddy.

Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah di seluruh tubuh.

Pun begitu katanya, motif kejadian masih belum diketahui dan pihaknya sedang menjejaki suspek.

Mayat mangsa dihantar ke hospital untuk bedah siasat. - Tribune Medan

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain