suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hanya simpan wang dalam guni! Warga emas kira duit tepi jalan sebelum beli motosikal

Seorang warga emas mengira wang simpanannya untuk membeli sebuah motosikal. -Gambar Pemalang Update

SEORANG warga emas dilaporkan membeli sebuah motosikal jenama Honda CBR dengan menggunakan wang yang disimpannya di dalam guni.

Video klip yang dimuat naik menerusi akaun Instagram @pemalang.update memaparkan warga emas dari daerah Pekalongan, wilayah Jawa Tengah, Indonesia itu sedang mengira seguni wang yang disimpannya sambil dikerumuni oleh orang ramai.

Difahamkan, jumlah wang yang terkumpul di dalam karung guni itu mencecah angka Rp 18 juta (RM5,421).

Berdasarkan rakaman itu, dia dikerumuni orang ramai ketika mengira wang yang disepahkan di atas tanah sebelum memasukkannya semula ke dalam guni.

Warga emas itu kemudian dilihat menaiki motosikal berwarna hitam yang baharu dibelinya dengan hanya memakai kain pelikat dan bersongkok. -Pemalang.update

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain