suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jemaah sedang sujud ketika solat Asar, tiba-tiba masjid runtuh... 10 maut, 30 cedera

Sebahagian struktur masjid itu runtuh ketika jemaah sedang solat Asar.

SEKURANG-kurangnya 10 individu meninggal dunia dalam kejadian masjid runtuh di Nigeria.

Kejadian di Masjid Pusat Zaria, Kaduna, turut mengakibatkan 30 jemaah yang lain cedera.

Kesemua mangsa yang mengalami kecederaan akibat dihempap runtuhan dihantar ke hospital di Zaria untuk menerima rawatan.

Mallam Shehu Nagari, salah seorang jemaah yang terselamat, berkata, kejadian itu berlaku sewaktu mereka sedang sujud ketika menunaikan solat Asar.

Tambahnya, sebahagian daripada binaan masjid tiba-tiba runtuh, sekali gus menimpa mereka yang berada dalam ruangan itu.

“Kami hanya mendengar bunyi yang kuat dan melihat sebahagian masjid runtuh menimpa beberapa jemaah. Keseluruhan persekitaran dipenuhi debu,” katanya. - Sahara Reporters.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain