suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Keranda merah jambu tema Barbie dijual, serlah momen tidak dapat dilupakan semasa hayat

Keranda bertemakan Barbie dengan warna merah jambu. -Gambar Jam Press

ANDA pernah mendengar rumah idaman Barbie, kini anda boleh memiliki keranda impian Barbie.

Jika anda seperti Barbie, pernah berfikir tentang kematian, krisis anda kini boleh bertemakan Barbie.

Filem 'Barbie' Greta Gerwig telah mencetuskan aliran budaya dan fesyen yang digelar 'Barbiecore', dilaporkan menyumbang kepada kekurangan cat merah jambu.

Dan kini rumah pengebumian juga mengikuti trend tersebut.

Menurut Jam Press, rumah pengebumian menawarkan keranda bertemakan Barbie buat peminat yang berharap dapat membawa cinta mereka terhadap anak patung keluaran Mattel ke kubur.

"Keranda ini, dengan warna merah jambu terang yang menyerlah, mewakili momen yang tidak dapat dilupakan yang mereka lalui," menurut klip promosi keranda itu.

"Ia adalah peringatan bahawa kisah kita patut diingati dan disambut dengan warna dan semangat. Semoga penghormatan ini disambut dengan penuh kasih sayang, warna dan kenangan yang tidak dapat dilupakan."

Satu syarikat, Olivares Funeral Home, mempromosikan keranda 'Rumah Barbie' mereka dengan slogan: "Jadi anda boleh berehat seperti Barbie." - New York Post

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain