suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cinta sehidup semati... Suami isteri meninggal dunia selang sejam, jenazah dikebumi bersebelahan

Jenazah pasangan suami isteri dibawa untuk dikebumikan. sumber TikTok @corineaura

CINTA hujung nyawa, satu pasangan suami isteri warga emas meninggal dunia dalam waktu berdekatan.

Kejadian yang menyayat hati ini berlaku di Pecangan Kulon, Jepara, Jawa Tengah di Indonesia.

,Menerusi satu video pendek yang dimuat naik pemilik akaun TikTok @corineaura, menunjukkan sejumlah penduduk berkabung di rumah salah seorang jiran mereka.

Sekumpulan lelaki kemudian dilihat membawa keranda untuk dibawa ke tanah perkuburan awam berhampiran.

Bukan satu sahaja, tetapi dua jenazah yang dibawa mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami isteri 68 tahun hidup bersama, meninggal dunia selang 33 jam

Menurut keterangan video, seorang jiran yang tinggal di depan rumahnya, Mbah Slamet meninggal dunia pada pagi Isnin.

Kematian Mbah Slamet membuatkan isterinya, Mbah Atun berasa begitu kehilangan.

Kesedihan yang teramat sangat menyebabkan keadaan kesihatan Mbah Atun merosot sebelum pengsan.

Sejam kemudian Mbah Atun juga menghembuskan nafas terakhirnya mengikut suami tercinta.

Jenazah Mbah Slamet dan Mbah Atun dikebumikan bersebelahan. - Tribun Medan

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain